Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

81) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan DUN Tg. Sepat mempunyai banyak industri kecil sederhana makanan ringan. Bilakah Pusat IKS akan diwujudkan di kawasan tersebut?

    Terdapat 321 IKS bagi seluruh Kuala Langat. Bagi kawasan DUN Tanjung Sepat terdapat 121 IKS di mana sebanyak 91 IKS terletak dalam Daerah Kuala Langat dan 30 IKS di dalam Daerah Sepang.

    Setiap IKS mengurus sendiri bagi pasaran produk mereka. Walau bagaimanapun satu pusat pengumpulan produk IKS Kuala Langat akan diwujudkan di pusat IKS Simpang Morib, Mukim Moribl Kelanang, Kuala Langat.

    Pusat Pengumpulan ini akan diuruskan oleh Persatuan Koperasi Daerah Kuala Langat yang ahli – ahlinya terdiri dari semua pengusaha IKS Daerah Kuala Langat. Adalah dijangkakan pusat tersebut akan beroperasi sepenuhnya mulai Ogos 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.