Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

85) INDUSTRI KECIL DAN SERDERHANA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada tahun 2014/2015 , sila menyatakan Industri kecil dan serdehana (IKS) yang melabur dan menjalankan perniagaan di daerah Sepang?

    Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di daerah Sepang terdapat syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan IKS yang berskala kecil dan besar.

    1. Pelaburan Syarikat Pengilangan IKS

    Data yang telah diterima daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) melalui Invest Selangor terdapat 4  projek pengilangan bagi tempoh 2014 hingga 2015 yang telah diluluskan di daerah Sepang dengan nilai pelaburan sebanyak RM967,251,468.00. Pelaburan ini telah membuka 508 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang mana terdiri daripada pelaburan asing dan tempatan.

     

    1. Usahawan IKS tempatan

    Selain itu, terdapat perniagaan IKS yang dijalankan secara kecil- kecilan oleh penduduk setempat iaitu sebanyak 19 orang usahawan. Mereka telah menerima insentif bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor melalui Pejabat Tanah dan Daerah Sepang. Usahawan- usahawan ini merangkumi industri pembuatan makanan, kraftangan, pakaian dan perkhidmatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.