Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

277) INDUSTRI KESENIAN SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan untuk pembangunan sektor kesenian?

    Dalam memastikan industri seni terus dilestari dan diperkasa, justeru Kerajaan Negeri Selangor melalui peranan yang dijalankan oleh pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah merancang pelbagai aktiviti merakyatkan seni dan kebudayaan di Selangor dalam tempoh lima tahun (5) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ( Tahun 2019 hingga 2023 ). Antara usaha yang telah dilaksana dan yang  dirancang adalah seperti berikut:-

    BIL NAMA PROGRAM SASARAN PRESTASI
    2019 2020 2021 2022 2023
    1. Program Semarak Warisan 6 6 10 10 10
    2. Program SENADA 7 12 12 12 12
    3. Ekspresi Tari Selangor 1 1 1
    4. Warisan Cempuleng Selangor 1 1 1
    5. Konvensyen Identiti Selangor 1
    6. Festival Alam Melayu 1
    7. Pakej Pelancongan Warisan

    ·         Istana Bandar, Kuala Langat

     

     

    10

     

    10

     

    10

     

    10

    8. Program Teater 1 1 1 1
    9. Temasya Silat 1 1 1 1
    10. Program Bermalam di Muzium 1 1 1 1 1
    11. Program Turun Ke Sekolah 3 3 3 3 3
    12. Pameran Bergerak/Khas 10 10 10 10 10

Lampiran

Tiada Lampiran.