Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

13) Industri Kesenian

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana MCO menjejaskan pembangunan industri kesenian?

    Yang Berhormat Tuan Speaker, akibat dari pandemic covid 19 yang telah melanda negara pada tahun ini dan pengistiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memang telah menjejaskan pembangunan industri kesenian bukan sahaja di negeri Selangor malahan diseluruh dunia.

    Pertamanya produk-produk kesenian tak ketara (intangible heritage) seperti program latihan dan pertunjukan kesenian hampir keseluruhannya telah lumpuh. Kumpulan-kumpulan kesenian sepenuh masa merasai beban ini kerana mereka kehilangan pendapatan tetap.

    Tambahan lagi dengan penutupan hotel-hotel, tempat-tempat rekreasi, serta larangan acara kenduri kendara dan pertunjukan-pertunjukan kebudayaan menyebabkan aktiviti ini tidak bergerak. Kumpulan-kumpulan kesenian yang biasanya dijemput untuk menjayakan acara-cara kenduri kendara, majlis perasmian dan sebagainya tidak dapat dibenarkan. Malahan tempat-tempat pertunjukan kesenian termasuk studio-studio, pentas-pentas dan teater juga tidak dapat beroperasi.

    Disebaliknya industri pembuatan yang berasaskan kraf, lukisan, kesenian dan sebagainya masih berjalan, namun agak sukar untuk mendapatkan bahan-bahan asas. Pasarannya juga terhad kerana hanya melalui perniagaan secara atas talian dan tidak dapat dipamerkan apabila pusat pameran seni ini di tutup untuk lawatan.
    Pada tahun 2020 ini, Jawatan Kuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan telah merangka banyak aktiviti yang berkaitan kebudayaan dan kesenian di bawah agensinya iaitu Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) dan Tourism Selangor. Kesemua program ini terpaksa ditunda atau dibatalkan. Antara program anjuran PADAT ialah seperti:

    1. Semarak Seni dan Warisan iaitu pertunjukan minggua
    2. Simfoni Cempuling
    3. Teater Bangsawan
    4. Temasya Seni Silat, Muzium Ke Sekolah
    5. Rentak Selangor
    6. FAM Trip (Famililarization Trip)

    Keseluruhan program ini sebenarnya melibatkan kebudayaan dari berbagai kaum di negeri Selangor. Misalnya tarian kipas, tarian naga dan singa juga teater dari kumpulan belia-belia kaum cina, seterusnya kumpulan bangra, tarian kolattam dan seni silat silambam dari kaum India. Persembahan kebudayaan ini sebenarnya telah dapat melahirkan ramai golongan muda yang berminat untuk membuat persembahan tidak berorientasikan kaum. Sama ada persembahan kebudayaan Melayu, Cina, India atau sebagainya disertai oleh berbagai kaum.

Lampiran

Tiada Lampiran.