Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

225) INDUSTRI NANAS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha pihak kerajaan negeri dalam mempromosi tanaman nanas ini

    Nanas merupakan salah satu buah-buahan yang di beri keutamaan untuk dimajukan di bawah Dasar Pertanian Negara ke tiga. Di Negeri Selangor kebanyakkan jenis tanaman nanas yang ditanam adalah untuk dimakan segar. Jabatan yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri tanaman nanas di Malaysia adalah Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia, dibawah

    Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

    Namun begitu kerajaan negeri turut menyokong industri tanaman nanas ini melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan pertanian seperti berikut:

    1. Program Pembangunan Tanaman Industri yang dilaksanakan oleh

    Jabatan Pertanian Negeri Selangor, dimana petani yang memohon insentif untuk tanaman Nanas akan diberikan bantuan insentif dengan kadar seperti berikut:

    Projek Kad ar Insentif
    01-Projek

    Tanaman

    Nenas

    Kawasan baru RM 10,000.00/ha
    Kawasan sedia ada RM 5,500.00/ha

    *Syiling bantuan insentif tanaman nanas tahun 2014 adalah RM200,000.00, telah diagihkan kepada peserta yang memohon sebanyak RM165,540.00.

    1. Mewujudkan golongan usahawan ladang nanas melalui projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) . Tanaman nanas ini diusahakan oleh usahawanTKPM di daerah Kuala Langat dan Sepang.
    Maklumat Tambahan:

    3. Jenis-Jenis nanas yang terdapat di Negeri Selangor.

    i) Josapine ii) N36

    iii) Moris iv) Sarawak

    v)         MD2

Lampiran

Tiada Lampiran.