Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

19) INDUSTRI NUKLEAR DAN RADIOAKTIF

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembangunan industri yang menggunakan bahan radioaktif dan nuklear dalam Selangor dan apakah syarat- syarat kelulusan sekiranya ada?

    Secara dasarnya Kerajaan Negeri Selangor telah menggariskan dalam strategi pembangunan perindustrian di negeri Selangor di mana Kerajaan Negeri menggalakkan sektor industri yang berasaskan teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan, berintensifkan modal dan mesra alam. Ini bermaksud, dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan projek-projek pelaburan yang tidak mencemar alam sekitar serta yang tidak membahayakan keselamatan penduduk Selangor.

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri tidak membenarkan pembangunan industri yang mengguna pakai bahan radioaktif dan nuklear dalam Selangor secara langsung.

    Bagi projek-projek yang melibatkan penggunaan bahan radioaktif atau nuklear perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

    Selain itu, projek-projek yang dicadangkan tersebut perlu mendapat ulasan Penilaian Awal Tapak dan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar di samping syaratsyarat perancangan pembangunan daripada PBT yang perlu dipatuhi.

Lampiran

Tiada Lampiran.