Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

116) INDUSTRI PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jangkaan keuntungan hasil pasir negeri yang diuruskan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd gagal menepati jangkaan RM150 juta setahun. Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memastikan jangkaan hasil ini dapat ditepati bagi tahun 2010?

    1. Untuk mendapatkan keuntungan RM150 juta setahun, jumlah pasir yang perlu dijual adalah lebih dari 30 juta

    Untuk makluman, keperluan pasir di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya setahun hanyalah sekitar 12 ke 14 juta tan. Bekalan untuk kuantiti ini datang dari KSSB, pengusaha lombong haram dan juga sumber import dari negeri-negeri berhampiran.

    KSSB telah melantik perunding untuk menjalankan kajian terperinci keperluan pasir di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian tersebut akan memberikan  gambaran yang lebih jelas berkenaan potensi pasaran, royalti kepada kerajaan negeri dan keuntungan kepada KSSB.

    KSSB telah membuka lebih banyak lokasi lombong dan lokasi cuci gali sungai untuk memenuhi permintaan pasaran. Pada bulan Mac 2010 KSSB telah menjual lebih dari 500,000 tan metrik. Kuantiti ini dijangkakan akan meningkat.

     

    Di samping itu, KSSB juga akan membuka beberapa buah lombong persendirian yang akan mengeluarkan sekitar 400,000 tan metrik sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.