Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

19) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pendapatan hasil dari industri pelancongan kepada ekonomi Selangor pada tahun 2014.

    Jumlah kehadiran pelancong ke negeri Selangor dilihat mengalami penurunan dari tahun 2013 ke tahun 2014 ianya sudah pasti memberikan penurunan jumlah pendapatan kepada Negeri Selangor.

    Berikut adalah jumlah kehadiran pelancong ke Negeri Selangor serta jumlah pendapatan yang diperolehi daripada sektor ini daripada tahun 2013 hingga 2014.

    Bil. Tahun Jumlah Pelancong Jumlah Pendapatan
    1. 2013 6,701,437 RM 4,700,387,911.80
    2. 2014 6,072,837 RM 4,259,487,871.80

    Jadual di atas menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 9.4% daripada jumlah pendapatan dari tahun 2013 hingga ke tahun 2014.

    Oleh itu, jika dilihat daripada statistik di atas, ianya jelas menunjukkan bahawa kehadiran pelancong dan juga jumlah pendapatan Negeri Selangor hasil dari industri pelancongan mengalami perbezaan dengan mengalami penurunan daripada tahun 2013 hingga tahun 2014 iaitu penurunan sebanyak 440,900,040.00. 

    Prestasi yang kurang memberangsangkan bagi tahun 2013 dan 2014 ini sekaligus disebabkan beberapa faktor dan sebab penurunan.  Hal ini dapat dilihat dari segi tragedi pesawat yang melibatkan syarikat penerbangan Malaysia seperti insiden MH370, MH17 dan AirAsia QZ8501. Insiden ini meninggalkan impak yang besar dalam jumlah pelancong yang datang daripada Negara China kerana pelancong daripada Negara China adalah penyumbang tertinggi kepada statistik kehadiran pelancong ke Negeri Selangor. Penularan pelbagai penyakit berjangkit seperti wabak selsema burung dan wabak selsema Akut daripada Timur Tengah, juga telah mengakibatkan kekurangan kehadiran pelancong. Kemelesetan ekonomi pada penghujung tahun 2014, yang disebabkan oleh penurunan harga minyak dunia juga memberi kesan negatif kepada kehadiran pelancongan.

    Walaubagaimanapun, dengan promosi yang lebih efektif dan meluas yang dijalankan oleh Tourism Selangor dan penganjuran Tahun Melawat Selangor 2015, boleh memberikan impak yang lebih baik seterusnya meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke Negeri Selangor pada Tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.