Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

51) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan industri pelancongan di Kuala Langat khususnya di Pantai Kelanang dan Bukit Jugra?

    Kuala Langat ialah salah satu daerah  di  Negeri  Selangor  yang  terkenal sebagai destinasi pelancongan popular yang menawarkan pelbagai produk pelancongan seperti homestay, Morib Gold Coast, Pantai Morib dan Pantai Kelanang serta tidak ketinggalan sebagai destinasi pelancongan warisan seperti yang terdapat di Bukit Jugra dan kawasan sekitar. Namun apa yang paling menarik Kuala Langat turut disenaraikan di dalam peta pelancongan antarabangsa bagi sukan paragliding yang menarik ramai peserta daripada luar negara setiap kali pertandingan ini di anjurkan .

    Menyedari potensi daerah ini yang mampu menggamit pelancong daripada dalam dan luar negara, Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kuala Langat sebagai Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil langkah tepat untuk membina dan menaiktaraf beberapa kemudahan bagi memberi keseronokan para pelancong. Antara komponen pembangunan dan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Majlis Daerah Kuala Langat bagi meningkatkan industri pelancongan di Kuala Langat adalah seperti berikut :

    BIL. TAHUN PERKARA PERUNTUKAN (RM)
    1. 2012 Cadangan Membina dan Menyiapkan Papan Tanda Informasi di sekitar Daerah Daerah

    Kuala Langat

    100,000.00
    2. Cadangan Penyelenggaraan Kemudahan Awam di Pusat Paragliding Bukit Jugra, Banting 150,000.00
    3. Cadangan Pemasangan Lampu Awam di Pantai Morib, Banting Kuala Langat 100,000.00
    4. 2013 Kerja-kerja       membaiki      kerosakan      dan penyelenggaraan tandas awam Pantai Batu

    Laut, Tg. Sepat

    20,000.00
    5. Kerja-kerja membaiki kerosakan & Penyelenggaraan di Tandas awam Pantai Morib 20,000.00
    6. Kerja-kerja       Membaiki      Kerosakan      dan Penyelengaraan di Tandas awam Pantai

    Kelanang

    20,000.00
    7. Kerja-kerja       Membaiki      kerosakan                          dan Penyelenggaraan di tandas

    Awam     Pusat     Paragliding    Bukit    Jugra, Banting

    20,000.00

    Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kuala Langat juga dilihat begitu aktif dalam usaha-usaha menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Langat dengan menganjurkan program “Visit Kuala Langat” bagi tahun 2012 dan 2013. Usaha ini dilihat sebagai langkah paling utama untuk mempromosikan pelbagai produk pelancongan di Kuala Langat sekali gus meningkatkan industri pelancongan di sana

Lampiran

Tiada Lampiran.