Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

118) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan yang perlu diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan perkembangan ekonomi negeri. Apakah Perancangan serta Pelan Tindakan negeri bagi menghasilkan produk-produk pelancongan yang baru dan bertaraf nasional dan antarabangsa?

    Sektor pelancongan juga merupakan salah satu industri perkhidmatan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.  Industri perkhidmatan seperti pelancongan mampu menggerakkan perkembangan ekonomi lain seperti pembinaan, pengangkutan, perhotelan, pembuatan, makanan, peruncitan dan lain lain perkhidmatan.

    Pihak Kerajaan negeri Selangor telah membuat kajian dan Pelan Tindakan Negeri bagi mengenal pasti sektor pelancongan berpotensi serta halangan pembangunan industri pelancongan Negeri Selangor dan seterusnya mewujudkan perancangan strategik dasar dasar industri pelancongan negeri sehingga tahun 2035.

    Negeri Selangor dianugerahkan dengan aset rupa bumi yang menarik membolehkan banyak sumber sumber pelancongan dibangunkan.  Terdapat pelbagai sumber pelancongan utama seperti hutan darat, hutan tanah bencah, alam semulajadi dan warisan sejarah, yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menarik pelancong dan pelawat ke negeri Selangor.

    Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat merupakan daerah daerah yang mempunyai kawasan hutan tanah tinggi yang berlatarkan Banjaran Titiwangsa dan kini menjadi Taman Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan seramai 10 juta pelancong akan melawat Negeri Selangor menjelang tahun 2018. Perangkaan ini  adalah berdasarkan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun dan sasaran seramai 7 juta pelancong pada tahun hadapan untuk program Tahun Melawat Selangor 2015.

    Walau bagaimanapun, seperti yang kita semua maklum Negeri Selangor juga terjejas dari segi kedatangan pelancong terutama pelancong yang datang dari Negara China rentetan daripada tragedi MH370 yang lalu. Bagi mengimbangi semula kemerosotan pelancong dari luar Negara, Kerajaan Negeri akan meningkatkan promosi pelancongan dalam Negara selaras dengan Dasar Ekonomi yang telah dirangka di dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 iaitu Zon pembangunan fizikal hendaklah dimajukan dengan aktiviti-aktiviti Ekonomi yang bersesuaian seperti berikut :-

    • Ekonomi Bandar (Wilayah Lembah Klang)
    • Aktiviti Berteknologi Tinggi Dan Penyelidikan Dan Pembangunan (Koridor Raya Multimedia)
    • Pelancongan (Pulau Carey-Sungai Pelek)
    • Maritim (Pelabuhan Klang)
    • Pelancongan Dan Perikanan (Kuala Selangor)
    • Pertanian Dan Perindustrian Tani (Tanjung Karang-Sabak)
    • Pertanian Dan Pelancongan Agro (Lembah Agro)
    • Automotif Dan Industri Sokongan (Rawang-Bernam Jaya)
    • Pelancongan Eko (Taman Negeri)

    Terdapat empat (4) cadangan Am Ekonomi  bagi pembangunan kawasan pelancongan iaitu:-

    1. Merancang pembangunan kawasan pelancongan di lokasi yang strategik berasaskan produk, sumber dan tarikan
    2. Perancangan kawasan pelancongan perlu bersepadu antara satu lokasi dengan lokasi yang lain agar terdapat hubungan yang mantap dan saling melengkapi.
    • Menyediakan kemudahan sokongan      (kemudahan             penginapan, pengangkutan dan pusat penerangan) yang berkualiti untuk kemudahan pelancong.
    1. Pembangunan pelancongan berasaskan alam semulajadi hendaklah tidak melebihi daya tampungan supaya memelihara kesihatan ekosistem yang menjadi tarikan pelancong.

    Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM5.2 juta pada tahun 2014 bagi tujuan Promosi & Acara Pelancongan, Menaiktaraf Produk Pelancongan dan Memajukan Kraf. Melalui peruntukan ini, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dan menyelenggara tapak-tapak pelancongan secara berperingkat dan mengikut keperluan untuk memberi nilai tambah dan memperkukuhkan produk sedia ada merangkumi penyelenggaraan kawasan sekitar, membaikpulih kemudahan awam serta menambah baik struktur bangunan sedia ada.

    Kerajaan Negeri juga melalui anak syarikat Kerajaan Negeri, iaitu Tourism Selangor Sdn Bhd sentiasa menjalankan program yang dinamakan ‘Product Update’. Program ‘Product Update’ ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti potensi produk pelancongan baru yang ada di seluruh Negeri Selangor yang boleh diketengahkan di dalam Kalendar pelancongan Negeri terutama yang bertaraf nasional dan antarabangsa.

    Produk Pelancongan Baru dan Bertaraf Nasional serta Antarabangsa:-

    Bil. Produk Lokasi / Daerah  
    1. Damansara Performing Arts Center (DPAC) Kota Damansara  
    2. Chocolate Museum by Fidani Kota Damansara  
    3. Dusun Garden Fairies Hulu Langat  
    4. Fish Valley Semenyih Hulu Langat  
    5. Paradise Valley Hulu Langat  
    6. Midlands Convention Center, Shah Alam Shah Alam  
    7. Tasik Biru Kundang Selayang  
    8. Gua Damai ExtremePark Gombak  
    9. Setia Walk, Puchong Subang Jaya  
    10. Amverton Cove Golf & Island Resort (ACGIR), Pulau Carey Kuala Langat  
    11. GM Hotel Klang  
    12. Premier Hotel Klang  
      13. One City Mall Subang Jaya
      14. One City Hotel Subang Jaya
      15. Spark Hotel Klang

    Produk Bertaraf Nasional dan Antarabangsa Sedia Ada:-

    Bil. Produk Lokasi / Daerah
    1. Sepang FI Sepang
    2. KLIA 2 sepang
    3. KLIA, Sepang Sepang
    4. Batu Caves Gombak
    5. FRIM Shah Alam
    6. Bukit Melawati Kuala Selangor
    7. Sunway Lagoon Petaling Jaya
    8. Hutan Lipur Kanching Selayang
    9. I-City Shah Alam
    10. Kelip Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor
    11. Dong Zhen Monastery Kuala Langat
    12. Masjid Biru Shah Alam Shah Alam
    13. Zoo Negara Ampang
    14. Morib Gold Coast KualaLangat
    15. Avani Sepang Gold Coast Sepang

Lampiran

Tiada Lampiran.