Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

27) INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan apakah inisiatif Kerajaan dalam segi pembangunan infrastruktur untuk membantu industri pelancongan?

    Pelbagai inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan dan membangunkan infrastruktur Industri Pelancongan di Negeri Selangor dan kawasan berpotensi tinggi menjadi kawasan pelancongan dan riadah yang menarik antaranya seperti:-

    Pembangunan Pelancongan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur yang mesra alam dan mesra pelancong.

    Kemudahan jalan serta akses, tempat parkir dan nilai komersial menggambarkan “x-factor” dan keunikan yang ada pada sesuatu tempat yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke tempat pelancongan tersebut. Peruntukan menaik taraf produk-produk dan kemudahan pelancongan ini bergantung kepada permohonan yang dikemukakan oleh setiap Pejabat Tanah/ Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

    Penyediaan ‘Master Plan’ Pelancongan Negeri Selangor dan pembahagian Kluster Pelancongan mengikut segmen pelancongan yang akan menjadi panduan pembangunan infrastruktur pelancongan di peringkat Negeri Selangor.

    Aktiviti promosi yang giat dijalankan oleh pihak Tourism Selangor bersama-sama organisasi pelancongan yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Tourism Malaysia dan Agensi Pelancongan bagi memasarkan produk pelancongan dan kawasan riadah yang ada di kawasan pelancongan kepada para pelancong.

    Program latihan untuk Hos Komuniti Selangor ini merupakan program pemangkin menggunakan pendekatan ‘Community Base Tourism Delivery Management’. Program ini diadakan adalah untuk untuk melantik dan melatih pemandu pelancong setempat di seluruh Negeri Selangor secara profesional. Program sulung atau ‘Pioneer’ ini telah dijalankan bagi 3 Daerah dahulu, iaitu Daerah Klang, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sabak Bernam pada Tahun 2018. Untuk Tahun 2019, program ini akan diteruskan di Daerah Hulu Selangor, Daerah Kuala Langat dan Daerah Hulu Langat. Program ini dianjurkan bagi mencapai manfaat untuk; Meningkatkan pendapatan komuniti luar bandar; Menjadikan Budaya dan Warisan setempat sebagai produk pelancongan yang mapan; Menggalakkan komuniti setempat untuk memelihara warisan tempatan; dan Membangunkan produk pelancongan yang mesra alam sekitar. Program ini akan diaplikasikan kepada daerah yang lain di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.