Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

234) INDUSTRI PELANCONGAN YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah industri pelancongan negeri dalam situasi COVID-19 ini?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah penggiat Industri Pelancongan Negeri bagi membangun dan memulihkan semula industri ini dalam situasi Covid-19 seperti yang berikut:-

    1. Pakej Rangsangan Ekonomi melalui bantuan ‘one-off’ kepada pemandu pelancong/hos komuniti/penyelaras homestay berlesen sebanyak RM1,000.00 seorang, bagi tujuan pegumpulan data-duta kecil pelancongan Selangor.
    2. Pakej Rangsangan Ekonomi melalui penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai bantuan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).
    3. Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan “Pusing Selangor Dulu” yang memberi penekanan kepada pasaran domestik.
    4. Aktiviti promosi pelancongan norma baharu melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan atas talian seperti MITA e-Travel Fair dan MITA “Business to Business” Inbound Marketplace dan penganjuran program promosi Selangor E-Travel Fair dimana Tourism Selangor dapat berhubung dan berinteraksi bagi menyampaikan tawaran-tawaran serta maklumat terkini industri pelancongan di negeri Selangor kepada pihak agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan pihak berkaitan industri pelancongan lain serta para pelancong secara terus tanpa bersemuka
    5. Penganjuran Program Jelajah Persona Negeri Selangor khusus bagi pasaran domestik seperti ke Negeri Johor, Pulau Pinang dan Terengganu.
    6. Kempen promosi pelancongan melalui medium pengiklanan ‘Outdoor Billboard’, ‘Unipole’ dan ‘ Digital Billboard’ di beberapa kawasan yang terpilih seperti Johor, Kedah, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
    7. Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa
    8. Penyediaan pakej pelancongan yang melibatkan integrasi promosi antara 9 Daerah di Negeri Selangor
    9. Penganjuran Acara Pelancongan norma baharu yang menekankan SOP (Standard Operation Procedure) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.