Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

172) INDUSTRI PENANAMAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan Negeri Selangor dalam memajukan industri penanaman makanan binatang ternakan seperti bijirin jagung untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil import?

    Pada masa ini kerajaan negeri belum bercadang untuk memajukan tanaman bijirin untuk makanan haiwan di negeri memandangkan pada masa ini masih belum terdapat teknologi pengeluaran bijirin untuk ternakan yang sesuai untuk dimajukan di negara ini. Amalan sekarang ialah penggunaan bahan sampingan produk pertanian (agricultural by-product) sebagai bahan makanan seperti palm kernel cake (PKC) yang merupakan bahan sampingan daripada proses ekstrak minyak sawit daripada isirong kelapa sawit untuk makanan ternakan.

    Maklumat tambahan:

    Sebagai contoh untuk pengeluaran jagung bijirin, tanaman ini memerlukan cuaca yang kering ketika menuai, memandangkan Malaysia mempunyai cuca yang lembab akan menyebabkan kerosakan lepas tuai khususnya peningkatan alpha toxin.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.