Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

275) INDUSTRI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (INSPENS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program usaha sama kerajaan negeri dengan kolej INSPENS bagi membiayai pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran. Apakah syarat kelayakan bagi memohon program tersebut?

    Kerajaan Negeri menggalakkan golongan belia tercicir dalam bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran melalui kursus – kursus yang ditawarkan oleh INSPENS. Pemohon yang berminat hendaklah memenuhi syarat seperti berikut :

     

    1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    2. Telah bermastautin lebih dari 5 tahun di negeri Selangor dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Ketua Kampung;
    • Umur semasa mendaftar sekurang – kurangnya 17 tahun;
    • Pendapatan isi rumah iaitu ibu bapa pemohon di bawah RM 00 sebulan; dan
    • Berminat dan bersedia untuk menamatkan pengajian di dalam bidang kemahiran teknikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.