Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

241) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan jumlah yang perlu dibayar dan pembayaran yang telah dibuat kepada kerajaan persekutuan untk perkhidmatan air?

    Kerajaan Negeri tidak ada membuat apa-apa bayaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk perkhidmatan air. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada ketika ini ada membuat bayaran balik ke atas pinjaman Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan bekalan air dianggarkan keseluruhannya berjumlah RM1,298,454,923.45 yang butirannya adalah seperti berikut:-

     

    Bil Butiran Pinjaman Jumlah Pinjaman

    (RM)

    1. Membiayai     Projek      Menaik     taraf     Stesen

    Mengepam Air Mentah Ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Selangor

    90,000,000.00
    2. Penjadualan Semula Pinjaman Projek Bekalan

    Air Negeri Selangor

    747,287,197.45
    3. Penggantian    Aset     Bagi    Operasi     Melebihi

    Kapasiti Di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih

    30,000,000.00
    4. Projek Pengagihan Semula Kapasiti Naik Taraf

    Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1

    67,000,000.00
    5. Projek    Pengagihan   Semula    Kapasiti               Reka Bentuk Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Sungai

    Selangor Fasa 1(SSP1)

    20,235,295.00
    6. Projek    Pengagihan   Semula    Kapasiti               Reka Bentuk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa

    3

    81,000,000.00

     

    Bil Butiran Pinjaman Jumlah Pinjaman

    (RM)

    7. Projek    Pengagihan   Semula    Kapasiti    Reka

    Bentuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 SSP3) Bukit Badong

    91,652,431.00
    8. Membiayai   Projek  Skim    Pemindahan  Pukal

    Rasa

    74,000,000.00
    9. Membiayai         Projek         Menaiktaraf         Dan

    Meningkatkan    Kapasiti    Reka     Bentuk    Loji Rawatan Air(LRA) Sg Langat

    48,180,000.00
    10. Pelaksanaan Program Mitigasi Tambahan Bagi Mengurangkan Risiko Berlakunya Krisis Bekalan Air Di Selangor, Kuala Lumpur Dan

    Putrajaya (Projek Menaik taraf Rumah Pam)

    RM49,100,000.00

     

    Namun demikian, setelah penstrukturan semula dimuktamadkan sepenuhnya, semua pinjaman Kerajaan Persekutuan ini akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan bayaran balik pinjaman ini akan dibuat oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) kepada PAAB.

Lampiran

Tiada Lampiran.