Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

168) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH KDEB

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jumlah pendapatan tahun 2004 Ð 2008 bagi tiga hotel di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) agak mendatar dan menurun bagi Peransang Templer Golf Club. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini?

    QUALITY HOTEL CITY CENTRE KUALA LUMPUR

    (BUTIRAN UNTUNG RUGI SEJAK TAHUN 2004 HINGGA 2008)

     

                  2004 2005 2006 2007 2008
    OPERASI HOTEL RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
     

    HASIL SEWA BILIK

    6,971  

    7,230

     

    7,049

     

    7,976

    8,371
    HASIL MAKANAN/MINUMAN 5,441 5,674 5,322 5,903 5,575
    JUMLAH HASIL 13,211 13,951 13,446 14,801 14,998
    UNTUNG OPERASI KASAR 3,743 3,707 3,130 3,622 3,536
    UNTUNG SELEPAS CUKAI & ZAKAT 130 822 451 724 541
    % KADAR PENGINAPAN 78.61% 78.47% 72.77% 77.67% 76.10%
    HARGA PURATA SEWA BILIK

     

    RM96.91  

    RM100.97

     

     

    RM106.15

     

     

    RM112.54

     

    RM120.22

    Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :

     

    • Pertumbuhan sektor perkhidmatan perhotelan adalah banyak dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi negara setiap tahun. Faktor-faktor utama mempengaruhi pertumbuhan prestasi yang minimum sektor hotel adalah ketidaktentuan ekonomi negara, serantau dan global serta pengaruh negatif cuaca, wabak penyakit, politik tidak stabil dan krisis kewangan.
    • Penurunan hasil dalam tahun 2006 sebahagiannya disebabkan oleh wabak selesema burung, wabak penyakit kuku dan mulut serta wabak denggi. Tambahan pula, laporan kadar jenayah dalam negara dan publisiti negatif media telah menyebabkan penurunan kedatangan pelancong dari China dan juga persaingan sengit antara hotel-hotel di Kuala Lumpur. Kebanyakan hotel yang mempunyai segmen pasaran daripada pelancong China terpaksa beralih kepada segmen pelanggan Kerajaan dan menurunkan kadar penginapan bilik bagi meningkatkan hasil pendapatan.
    • Peningkatan kos jualan seperti harga bahan bekalan makanan dan kos pentadbiran, peningkatan tarif elektrik sebanyak 12.5% dalam bulan Jun 2006, kenaikan harga petrol dan gas sebanyak 11% dalam bulan Mac 2006 dan tarif air sebanyak 18.8% pada bulan Oktober 2006 telah menyebabkan penurunan keuntungan bersih selepas cukai dan zakat bagi seluruh tahun 2006.
    • Krisis kewangan global dan turun naik nilai mata wang dolar US yang bermula pada suku pertama 2008 juga telah memberi kesan kepada kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Pengumuman penjimatan kos dengan tidak menggalakkan penganjuran majlis kerajaan di hotel oleh Perdana Menteri dalam bulan Jun 2008 juga telah memberi kesan penurunan hasil pendapatan hotel. Ini kerana 40% daripada hasil pendapatan hotel adalah dari sektor Kerajaan.
    • Penurunan keuntungan bersih tahun 2008, sebahagian besar disebabkan peningkatan kadar inflasi, kenaikan berterusan harga petrol dan harga bahan makanan.

    QUALITY HOTEL SHAH ALAM

    (BUTIRAN UNTUNG RUGI SEJAK TAHUN  2004 HINGGA 2008)

     

                   2004 2005 2006 2007 2008
    HOTEL OPERATION RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
    JUMLAH HASIL            3,273  

    3,364

     

    3,632

     

    3,681

     

    3,777

    HASIL MAKANAN/MINUMAN            4,842  

    4,383

     

     

    4,800

     

     

    5,176

     

     

    5,034

     

    JUMLAH HASIL            8,459 8,058 8,926 9,472 9,527
    UNTUNG OPERASI KASAR            1,781  

    1,687

     

    1,975

     

    2,180

     

    2,069

    UNTUNG SELEPAS CUKAI & ZAKAT  

    656

     

    203

     

    535

     

    431

     

    282

    % KADAR PENGINAPAN 63.96% 62.43% 64.66% 65.68% 62.15%
    HARGA PURATA SEWA BILIK RM90.79 RM95.86 RM99.93 RM99.70 RM107.81

     

    Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :

     

    • Sejak tahun 2004 hingga 2008, Quality Hotel Shah Alam (QHSA) telah mengekalkan kadar pertumbuhan pendapatan antara 6% hingga 10%.

     

    • Pada tahun 2005 QHSA telah menunjukkan penurunan pendapatan yang disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian di Lobi hotel, kawasan teduhan hadapan hotel dan Gardenia Coffee House. Kerja-kerja berperingkat ini siap pada tahun 2008 dan hasilnya telah meningkatkan hasil pendapatan syarikat.

     

    • QHSA mempunyai sebuah dewan utama yang agak kecil yang boleh menampung antara 250 hingga 280 orang sahaja.

     

    • Peningkatan di dalam kos petrol, bil elektrik dan bil air.

     

    • QHSA menghadapi unjuran kos susut nilai yang tinggi bagi tahun 2005 hingga 2017 disebabkan kos pengubahsuaian hotel pada tahun 2005 dan menaik taraf bilik-bilik hotel yang dijalankan secara berperingkat.

     

    • Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini telah memberi faedah yang besar memulihkan imej hotel dan meningkatkan QHSA sebagai hotel yang disukai pelanggan dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan hotel.

     

    BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL SDN BHD

    (BUTIRAN UNTUNG RUGI DARI TAHUN 2004 HINGGA 2008)

     

      2004 2005 2006 2007 2008
    HOTEL OPERATION RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
    JUMLAH HASIL  

    2,900

     

           3,795          3,281  

    4,571

     

     

    4,489

     

    HASIL MAKANAN/MINUMAN 1,151 1,478 1,855 2,265 2,183
    JUMLAH HASIL  

    4,507

           5,393          5,906  

    7,143

     

    7,063

    KEUNTUNGAN OPERASI KASAR  

    1,485

     

    1,790

     

    1,791

     

    2,132

     

    2,108

    KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI  

    4

     

    312

     

    (15)

     

    636

     

    503

    PERKARA LUAR BIASA  

     

     

     

    322

     

    3,953

    KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI & ZAKAT  

    4

              312  

    (15)

     

    958

     

    4,456

    % KADAR PENGINAPAN 37.79% 44.07% 48.95% 57.13% 53.03%
    HARGA PURATA SEWA BILIK RM76.23 RM85.78 RM77.78 RM79.71 RM84.10

     

    Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :

    • Jumlah pendapatan hotel menunjukkan peningkatan dari tahun 2004 hingga tahun 2007 (antara 10% ke 21%) dan sedikit penurunan bagi tahun 2008 (1%).

     

    • Faktor yang  menyebabkan  sedikit  penurunan dalam tahun 2008 adalah kesan dari ekonomi global yang  agak lembap tetapi masih terkawal

     

    PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB

    (BUTIRAN UNTUNG RUGI SEJAK TAHUN 2004 HINGGA 2008)

     

    OPERASI KELAB 2004

    RM’000

    2005

    RM’000

    2006

    RM’000

    2007

    RM’000

    2008

    RM’000

     

    PENDAPATAN KEAHLIAN

    PENDAPATAN

    MAKANAN/MINUMAN

    PENDAPATAN GOLF/REKREASI

    LAIN-LAIN PENDAPATAN

     

    2,039

    2,153

    2,293

    882

     

    2,102

    1,929

    2,520

    118

     

    1,789

    1,698

    2,132

    123

     

    1,605

    1,730

    1,797

    234

     

    1,419

    1,834

    2,285

    275

     

     

    JUMLAH PEROLEHAN

     

    7,367

     

    6,669

     

    5,742

     

    5,366

     

    5,813

     

    Nota:

    KEUNTUNGAN KASAR OPERASI

     

    KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI

     

     

    (687)

     

    (1,805)

     

     

     

    (589)

     

    283

     

     

     

    (1,182)

     

    530

     

     

     

    (541)

     

    (1,278)

     

     

     

    (391)

     

    (423)

     

    JUMLAH KEAHLIAN

     

     

    1,891

     

    1,832

     

    1,895

     

    1,668

     

    1,532

     

    Faktor-faktor yang menyebabkan tiadanya peningkatan ketara bahkan kemerosotan pendapatan ini :

     

    • Kemerosotan dari pendapatan keahlian.

    Ahli-ahli menjadi tidak aktif (peningkatan usia, perpindahan lokasi perumahan/pejabat) dan membawa kepada penamatan keahlian. Tiada keahlian baru berikutan dari ekonomi tidak stabil dan persaingan antara kelab-kelab golf. Keahlian baru juga bergantung kepada jualan pakej dalam pembinaan perumahan berdekatan yang kelihatan  agak lembap 4 tahun kebelakangan ini.

     

    • Kemerosotan dari pendapatan makanan/minuman

    Akibat dari penurunan jumlah ahli-ahli yang aktif, pendapatan turut terjejas dalam tahun 2006.  Kelab telah  mula menunjukkan peningkatan pada tahun 2007 dan 2008 dengan pelbagai strategi pemasaran.

     

    • Kemerosotan dari pendapatan golf & rekreasi

    Selain dari penurunan jumlah ahli-ahli yang aktif, keadaan infrastruktur di padang golf (sistem pengairan bawah tanah dan perparitan) telah mengakibatkan “unacceptable condition to play” dan kehilangan jualan untuk beberapa kejohanan golf tahunan pada tahun 2007.   Sistem pengairan/perparitan telah dilaksanakan dan peningkatan jualan telah bermula pada tahun 2008.

    Pihak Kelab telah membaik pulih kemudahan dan infrastruktur berjumlah RM3.6 juta sejak tahun 2007. Kini dengan pengurusan baru, Kelab telah menunjukkan peningkatan hasilnya dan akan menjadi sebuah Kelab golf yang dibanggakan.

     

    • Kemerosotan dari lain-lain pendapatan

    Lain-lain pendapatan adalah dari pendapatan sewa ruang pejabat/kedai serta pendapatan faedah dari akaun ahli-ahli yang mempunyai hutang tertunggak kepada Kelab.   Kebanyakan ahli-ahli yang mempunyai hutang  tertunggak pada tahun 2004  telah ditamatkan keahliannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.