Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

62) INDUSTRI PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan meningkatnya minat generasi muda dengan industri pertanian, apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan tapak-tapak pertanian serta sistem sokongan yang diperlukan termasuk benih, baja serta pemasaran hasil pertanian itu?

    Kerajaan Selangor melalui beberapa program yang sedang dan telah dilaksanakan menumpukan banyak perhatian terhadap golongan muda. Bagi tahun 2019, beberapa program telah dijalankan bagi menyediakan tapak-tapak pertanian yang mampu menghasilkan produk pertanian yang lumayan. Antara projek yang sedang diusahakan adalah tanaman nanas MD2, tanaman roselle dan ternakan kelulut di daerah Sabak Bernam, tanaman dengan penggunaan teknologi plant factory, akuaponik, vertical farming dan air hydro pot di Gombak, penggunaan teknologi drone bagi sawah padi dan pembangunan program agroprenuer muda. Di bawah program agroprenuer Kerajaan Negeri menyediakan tapak dan bantuan dalam bentuk input serta kemudahan pembiayaan. Bagi tujuan pasaran, Kerajaan Negeri telah membangunkan pasar Selangor Agro Market (SAM) dan aplikasi yang dibangunkan oleh SSDU iaitu Smart Pasar dan Smart Petani serta kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan e-wallet.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.