Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

166) INDUSTRI PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri untuk menggalakkan anak muda untuk industri pertanian?

    1. Sektor pertanian adalah merupakan aktiviti ekonomi yang amat penting khususnya bagi memastikan bekalan makanan (food security) sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Sehubungan dengan itu, banyak program-program yang bertunjangkan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan juga pendapatan (sumber ekonomi) golongan petani, penternak dan nelayan terus diberikan keutamaan.

     

    Namun begitu, dengan golongan pengusaha sektor pertanian yang semakin meningkat usia (aging population) Kerajaan Negeri telahpun mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan sektor pertanian terus menjadi suatu sektor yang diminati khususnya golongan muda dengan mewujudkan Program Agropreneur Muda Selangor (AMSEL).

     

    Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri telah berjaya memperkasakan seramai 180 agropreneur muda dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3,344,842.00 melalui bantuan peralatan dalam pelbagai sektor seperti tanaman, penternakan dan akuakultur untuk tahun-tahun yang mendatang. Begitu dengan pelaksanaan program seminar dan kursus yang berkaitan dengan sektor pertanian telah berjaya kehadiran seramai 1,044 peserta muda dari seluruh Negeri Selangor.

     

    Berdasarkan dari faktor tersebut, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan Program Agropreneur Muda Selangor (AMSEL) dengan pendekatan pemerkasaan agropreneur sedia ada melalui bantuan peralatan, program kesedaran (awareness) berkenaan dengan sektor pertanian melalui seminar dan kursus serta pembukaan kawasan pertanian yang baharu khusus untuk golongan tersebut menimba pengalaman dan seterusnya memulakan projek pertanian mereka

Lampiran

Tiada Lampiran.