Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

187) INDUSTRI RENDAH KARBON

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah langkah-langkan dan strategi-strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam menyahut Slogan " Rendah Karbon " ?

    Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah dan strategi secara proaktif bagi mengurangkan pembebasan karbon elemen pengurangan pembebasan Gas Rumah Hijau yang berpunca daripada:-

    • Persekitaran Bandar (Urban Environment)
    • Pengangkutan Bandar (Urban Trasportation)
    • Infrastruktur Bandar (Urban Infrastructure)
    • Bangunan

    Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan perkara-perkara seperti berikut:-

    1. 4 buah PBT akan menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (Low Carbon Cities Framework) menjelang tahun 2017
    2. 12 buah PBT akan menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2020; dan
    3. 4 bandar akan diiktiraf di peringkat Antarabangsa sebagai Bandar Hijau menjelang tahun 2030.

    Tambahan daripada itu, PBT seperti MBPJ dan MPSP telah menjalankan tindakan-tindakan seperti berikut di dalam menyahut slogan rendah karbon di Negeri Selangor:-

    PBT Tindakan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon

     

    MBSJ Pihak MPSJ telah terpilih sebagai projek perintis Sustainable Living Stakeholder Engagement anjuran Malaysian Green Technology Coroporation Dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Air (KeTTHA). Antara program-program Low Carbon Cities Framework (LCCF) yang dilaksanakan adalah:-

     

    i.      Penyediaan Ringkasan Projek (Project Brief) bangunan HQ

     

    ii.    Taklimat dan Program Latihan Rangka Kerja Dan Penilaian Bandar Rendah Karbon Di Perbandaran Subang Jaya Anjuran Bersama Malaysian Green Technology Coroporation Dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Air (KeTTHA)

     

    iii.   Program Hari Komuniti Bandar Hijau 27-28 September 2014

     

    iv.   Lab bersama pemaju 17-18 November 2014

     

    v.    Pemakaian LCCF dalam LCP 2 Mac 2015

     

    MPSP Pihak MP Sepang melalui Seminar Pembangunan Bandar Rendah Karbon Dan Pengurusan Tapak Bina Di Cyberjaya pada 11 Julai 2012 dan Seminar Pertumbuhan Hijau dan Pembangunan Mampan pada 26 November 2013 telah menyatakan komitmen untuk mengurangkan intensiti pengeluaran karbon menjelang tahun 2020 khususnya di Cyberjaya dengan sokongan pihak pemaju dan juga pihak berkepentingan di Cyberjaya.

     

    Hasil daripada Seminar tersebut, berikut merupakan resolusi yang telah dicapai ke arah menjadikan Cyberjaya bandar rendah karbon.

    i.          Menggalakkan pihak Pemaju supaya menerimapakai Sistem Penilaian LCCF melalui kerjasama daripada pihak Greentech Malaysia;

     

    ii.         Menggalakkan Pemaju untuk membina bangunan hijau yang mempunyai ciri-ciri elemen bangunan hijau ;

     

    iii.        Menggalakkan pemaju yang membina bangunan hijau dan memperoleh persijilan sama ada daripada GBI, Leeds diberikan insentif ;

     

    iv.        Menggalakkan penggunaan panel solar untuk skim perumahan;

     

    v.         Menggalakkan penggunaan peralatan isirumah yang mempunyai ciri hijau seperti TV, penyaman udara, pemanas air, peti sejuk, mesin basuh, pengering rambut, penggunaan kenderaan hybrid, amalan kitar semula dan pengkomposan sisa makanan;

     

     

    vi.        Insentif dalam bentuk ‘plot ratio’, densiti dan rebat cukai taksiran; dan

     

    vii.      Program penanaman pokok, pengangkutan awam bersepadu, penyediaan laluan basikal dan laluan pejalan kaki.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.