Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

123) INDUSTRI TERNAKAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tanah yang diberi kepada pengusaha untuk industri ternakan disalahgunakan untuk industri lain seperti perladangan kelapa sawit. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor ke atas pengusaha-pengusaha tersebut?

    Kerajaan Negeri memang menyediakan kawasan dalam bentuk plot-plot penternakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang diselia oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor). Plot-plot penternakan tersebut bukanlah diberi terus tetapi hanya melalui sewaan oleh pengusaha terutamanya kepada penternak yang menghadapi masalah kawasan. Tindakan akan dikenakan kepada pengusaha-pengusaha yang melanggar perjanjian

    Berdasarkan rekod DVS Selangor, sehingga kini, terdapat 3 kes pengusaha melanggar perjanjian sewaan. Kesalahan penyewa dan tindakan Kerajaan Negeri melalui DVS Selangor adalah seperti berikut :

     

    • Penyewa plot SN10 dan SN11di TKPM Sungai Nilam, Hulu Selangor tidak melaksanakan projek ternakan seperti yang dijanjikan. Janji ini terkandung dalam perancangan projek masa hadapan yang dibentangkan oleh pengusaha kepada Jawatankuasa TKPM DVS Selangor semasa memohon sewa sebarang plot penternakan.  Dalam kes ini, penyewa hanya menternak dalam bilangan ternakan yang kecil dan tidak munasabah berbanding perancangan projek yang dibentang olehnya sebelum itu. Tindakan Kerajaan Negeri adalah membatalkan sewaan dan pada 29 Januari 2015, telah mengambil semula plot penternakan berkenaan untuk disewakan pula kepada pengusaha

     

    • Penyewa di TKPM Sungai Jang, Hulu Selangor telah melanggar perjanjian sewaan dengan menanam kelapa sawit dan melaksanakan projek ternakan dengan skala kecil sahaja. Tindakan Kerajaan Negeri adalah mengeluarkan surat amaran kepada pengusaha. Hasilnya, bermula   2016,   pengusaha    ini   telah   memulakan    projek integrasi kambing pedaging dan bebiri dengan kelapa sawit sebanyak 80 ekor.

     

    • Penyewa lot 8109 di TKPM Hulu Bernam telah melanggar perjanjian sewaan dengan menanam kelapa sawit. Tindakan Kerajaan Negeri adalah tidak memperbaharui perjanjian sewaan dengan pengusaha terbabit yang tamat pada bulan Mac tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.