INFLASI SERTA CARA-CARA MENGATASINYA

35) INFLASI SERTA CARA-CARA MENGATASINYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan kerajaan telah memberi 20m3 air percuma kepada pengguna-pengguna air yang mempunyai meter individu, adakah kerajaan akan meminta pengusaha-pengusaha restoran supaya tidak mengenakan caj terhadap air kosong demi mengatasi masalah inflasi?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai apa-apa perancangan bagi meminta pengusaha-pengusaha restoran untuk tidak mengenakan caj terhadap air kosong. ini adalah kerana pemberian subsidi air 20 meter padu pertama adalah untuk pengguna domestik yang bermeter individu (household users) dan bukan untuk premis-premis perniagaan dan industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.