Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

70) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah jalan-jalan yang telah dibina daripada peruntukan MARRIS di Negeri Selangor dan jumlah peruntukan bagi setiap projek tersebut mengikut tahun 2008 sehingga 2011 dalam kawasan PBT di Negeri Selangor ?

    Peruntukan MARRIS disalurkan untuk menyenggara jalan-jalan sedia ada dan bukan bertujuan untuk membina jalan. Projek-projek senggaraan yang dibenarkan adalah meliputi pemeliharaan, penjagaan dan pemulihan jalanjalan seperti pembaharuan muka jalan (resurfing) dan kerja-kerja tampalan (patching). Justeru, Kerajaan Negeri tidak mempunyai rekod jalan-jalan yang dibina melalui peruntukan MARRIS.

    Manakala jumlah peruntukan MARRIS yang disalurkan ke PBT dari tahun 2008 hingga 2011 adalah seperti berikut:-

    PBT   2008 (RM)   2009 (RM)   2010 (RM)   2011 (RM)
    MBSA 22,000,000.00 7,000,000.00 5,500,000.00 4,277,030.00
    MBPJ 10,000,000.00 7,000,000.00 5,500,000.00 6,567,748.85
    MPSJ 9,000,000.00 7,000,000.00 5,500,000.00 4,990,900.00
    MPAJ 12,000,000.00 7,000,000.00 5,500,000.00 5,837,625.50
    MPKj 10,000,000.00 7,000,000.00 5,500,000.00 5,809,708.00
    MPS 22,000,000.00 7,000,000.00 6,750,000.00 6,443,452.72
    MPK 14,000,000.00 7,000,000.00 7,500,000.00 9,307,662.00
    MPSp 7,000,000.00 7,000,000.00 5,000,000.00 3,066,177.95
    MDKS 7,000,000.00 5,000,000.00 4,500,000.00 5,919,995.00
    MDKL 6,000,000.00 5,000,000.00 5,000,000.00 5,179,841.70
    MDHS 7,000,000.00 5,000,000.00 7,000,000.00 3,911,680.00
    MDSB 4,000,000.00 5,000,000.00 4,000,000.00 4,955,383.60
    JUMLAH 130,000,000.00 76,000,000.00 61,923,960.00 66,267,205.32

Lampiran

Tiada Lampiran.