Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

191) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di sesetengah kawasan terutamanya Pelabuhan Klang, keadaan jalan rayanya boleh diibaratkan seperti Ôkek lapisÕ bila mana ia hanya ditampal dan dibaik pulih berulang kali apabila berlopak, berlubang dan berpasir. Ia hanya boleh bertahan selama kurang dari 2 bulan, kemudian jalan raya tersebut akan mengalami kerosakan semula. Tiadakah perancangan jangka panjang dari PBT yang tidak merugikan Kerajaan Negeri bagi mengkaji semula struktur jalan atau menaik taraf jalan-jalan tersebut kerana ini boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya khususnya kepada penunggang motosikal?

    1. Jalan-jalan biasanya perlu diturap semula secara berkala setiap 10 tahun sekali atau lebih awal bergantung kepada keadaan jalan semasa, kategori jalan dan jumlah trafik yang menggunakannya. Kerja-kerja menurap semula jalan dilaksanakan menggunakan geran jalan yang diperolehi dari Kerajaan Negeri. Oleh kerana  kos  menurap  semula jalan adalah tinggi, ia tidak dapat dilaksanakan secara berkala  tetapi  mengikut keutamaan dan jumlah geran jalan yang

Lampiran

Tiada Lampiran.