Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

4) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2008 mengikut pecahan daerah?

    Sebanyak RM 19,623,064.13 peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat ke
    sembilan daerah bagi tujuan menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor
    sepanjang tahun 2008. Jumlah peruntukan mengikut pecahan daerah adalah seperti
    berikut:

    JUMLAH PERUNTUKAN PERSEKUTUAN 2008 BAGI PENYELENGARAAN JALAN
    KAMPUNG MENGIKUT DAERAH DI NEGERI SELANGOR
    Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah yang bertindak
    selaku Pegawai Penguasa Projek. Walau bagaimanapun selepas Mac 2008, peruntukan
    Kerajaan Pusat tersebut hanya disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan
    Negeri Selangor dan tidak lagi disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah.
    Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat projek-projek yang dilaksanakan Pejabat
    Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor selepas Mac 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.