INFRASTRUKTUR AIR

78) INFRASTRUKTUR AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bekalan air dari SS12-19 adalah daripada LRA Sg Selangor & kawasan USJ 1-22 adalah daripada LRA Sg Semenyih. Pernahkah Air Selangor membuat kajian feasibiliti untuk membina paip penyambungan serta prasarana lain untuk menghubungkan 2 kawasan ini agar ia bebas daripada gangguan air?

    Kajian telah dibuat oleh Air Selangor pada 2018 untuk menambahbaik penyambungan bekalan air di antara sumber bekalan air yang berlainan. Walau bagaimanapun, Air Selangor menghadapi kekangan disebabkan rizab margin yang rendah pada masa kini iaitu sekitar 9%. Sungguhpun Stream B, Loji Rawatan Air Langat 2 telah mula beroperasi pada 21 Januari 2020 dengan kapasiti 325 juta liter sehari tetapi ianya masih belum mencukupi kerana bekalan air tersebut disalurkan kepada para pengguna di kawasan Kajang dan Pudu, Kuala Lumpur.

    Bekalan air alternatif ini boleh dilaksanakan di kawasan Subang Jaya setelah LRA Langat 2 beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti rizab margin pada paras 12% hingga 15% dan rangkaian paip Koridor Barat (Western Corridor) yang menghubungkan LRA Langat 2 ke Bukit Dinkel dapat disiapkan sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.