Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

61) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyata dan senaraikan projek kerajaan negeri mengikut jabatan untuk tempoh 2010 hingga 2014 berserta kos projek?

    Sejak tahun 2010 hingga 2014, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan  bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Negeri Selangor melibatkan jumlah keseluruhan kos projek adalah sebanyak RM3,896,189,165.25 (Ringgit Malaysia: Tiga Bilion Lapan Ratus Sembilan Puluh Enam Juta Satu Ratus Lapan Puluh Sembilan Ribu Satu Ratus Enam Puluh Lima dan Sen Dua Puluh Lima Sahaja) bagi menampung pelaksanaan 1,362 buah projek infrastruktur dan kemudahan awam di Negeri Selangor dalam tempoh empat (4) tahun tersebut.

     

    Senarai projek Kerajaan Negeri mengikut jabatan adalah sebagaimana yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor bagi tahun berkenaan dan boleh dirujuk kepada buku bajet tahunan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2010 hingga 2014.

     

    Pelaksanaan projek-projek infrastruktur merangkumi projek membina baru dan menyelenggara jalan, longkang dan jambatan manakala kemudahan awam pula melibatkan projek seperti pembinaan sekolah, masjid, perpustakaan dan dewan serbaguna.

     

     

    Perincian kos projek mengikut jabatan bagi tempoh dari 2010 hingga tahun 2014 adalah seperti berikut:

     

    KOD JABATAN JABATAN BILANGAN PROJEK KOS PROJEK (RM)
    P01 Pejabat MB & SUK 11 154,251,500.00
    P08 Jabatan Pertanian 91 1,166,730.00
    P10 Jabatan Perhutanan 191 461,085,090.00
    P12 Jabatan Kerja Raya 872 2,944,236,901.75
    P13 Jabatan Pengairan Dan Saliran 151 7,548,943.50
    P14 Jabatan Agama Islam Selangor 46 327,900,000.00
    JUMLAH 1,362 3,896,189,165.25

     

Lampiran

Tiada Lampiran.