INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DESA
21) INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Semua dewan -dewan dan balairaya -balairaya di Bukit Melawati perlu dibaiki dan ada yang perlu dibina semula. Parit-parit di tepi jalan raya utama perlu dibersihkan dan perlu didalamkan. Jalan-jalan pendalaman perlu dibaik pulih. Pondok-pondok bas lebih banyak diperlukan. Majlis Daerah Kuala Selangor memerlukan dana tambahan Kerajaan Negeri menimbang semula permintaan ini untuk mendapatkan keperluan tersebut di kawasan desa dan menambahkan dana? Dianggarkan dana tambahan sebanyak RM 30 juta diperlukan untuk Bukit Melawati. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ?
Pihak Majlis telah mengemukakan permohonan terus ke Kerajaan Negeri melalui pihak UPEN dari masa ke semasa berdasarkan permohonan masyarakat setempat, wakil rakyat, Ahli Majlis dan perancangan Jabatan
