Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

161) INFRASTRUKTUR KILANG DI DALAM KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung-kampung khususnya di Pelabuhan Klang yang mana kemudahan jalan raya tersebut telah digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan raya yang terdapat di dalam kawasan kampung-kampung tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang membawa muatan sehingga mencecah ke 60 ton atau lebih. Ini menyebabkan jalan raya tersebut akan mudah rosak serta pecah. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani serta menyelesaikan permasalahan tersebut?

    Menambah peruntukan bagi menaiktaraf infra di kawasan yang telah dizonkan untuk
    industri, atau menolak permohonan tukar syarat kepada industri di kawasan
    kampung/lot-lot kecil tanpa infra yang cukup.

Lampiran

Tiada Lampiran.