Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

44) INFRASTRUKTUR/PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bandar Klang adalah Bandar DiRaja. Apakah peranan kerajaan untuk mengimejkan ÔBandar DiRajaÕ ini supaya dipandang tinggi di segi pemuliharaan, pembangunan dan infrastrukturnya agar tarafnya setanding dengan nama bandar ini yang mengandungi Istana Rasmi Sultan Selangor dan nilai-nilai sejarahnya yang tersendiri.

    1. Dalam menaikkan imej Klang sebagai Bandar Diraja, MPK pernah memohon dan mencadangkan araf PBT, Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang. Walaubagaimanapun, cadangan permohonan ini ditangguhkan oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam (JPSPA) Bil 01/2008 pada 22.01.2008. Walaubagaimanapun, MPK sedaya upaya melaksanakan pelbagai projek dan program untuk merealisasikan taraf bandar Diraja dengan menyediakan elemen (unsur-unsur) Diraja seperti menyediakan program pemeliharaan dan pemuliharaan monumen dan bangunan-bangunan bersejarah, mewartakan bangunan warisan di samping menyediakan perabot jalanan seperti pondok kiosk, papan tanda jalan, tiang lampu jalan dan reka bentuk bangunan Majlis yang mempunyai ciri-ciri bandar Diraja.

Lampiran

Tiada Lampiran.