Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

173) Infrastruktur Sekolah Rendah Agama (SRA) Di Daerah Kuala Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu beberapa Sekolah Rendah Agama di Daerah Kuala Selangor yang kelihatan uzur dan sudah lama tidak diselenggara.

    Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan aspek keselamatan dan keselesaan pelajar sebagai salah satu keutamaan yang berterusan bagi mewujudkan ekosistem pendidikan yang kondusif. Untuk itu, sejumlah peruntukkan telah disediakan setiap tahun untuk tujuan baik pulih dan penyelenggaraan bangunan sekolah . Sebagai contoh pada tahun 2020 sebanyak RM 1.5 Juta diperuntukkan untuk tujuan baik pulih dan penyelenggaraan bangunan sekolah rendah agama dan sekolah agama menengah.

    Berdasarkan rekod, bagi tahun 2018 hingga 2020 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan baik pulih dan penyelenggaraan sebanyak 25 buah SRA dengan peruntukkan RM 965,868.00 (RINGGIT Malaysia SEMBILAN RATUS ENAM PULUH LIMA RIBU LAPAN RATUS ENAM PULUH LAPAN SAHAJA) bagi daerah Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.