Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

88) INFRASTRUKTUR SUKAN DI BAWAH PORTFOLIO JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN GENERASI MUDA DAN SUKAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan setiap satu peruntukan yang diproses di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap ini untuk tujuan penyelenggaraan dan naiktaraf infrastruktur sukan di setiap daerah untuk setiap tahun sejak tahun 2013 sehingga sekarang.

    Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan sangat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor. Justeru itu, penyediaan kemudahan sukan untuk menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti kesukanan tidak pernah diabaikan.

    Untuk makluman, keperluan pembaikan kemudahan sukan di peringkat Dewan Negeri adalah bagi memastikan kemudahan sukan yang telah rosak dapat dinaiktaraf untuk digunakan oleh masyarakat setempat dan seterusnya ini boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan dan riadah bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan berdaya saing.

    Berikutan, bermula pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM800,000.00 bagi tujuan ini. Seterusnya, untuk makluman jua, bermula pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk meningkatkan peruntukan bagi Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di peringkat DUN yang mana peruntukan asal adalah sebanyak RM1,120,000.00 telah dinaikkan kepada RM2,240,000.00 iaitu dengan pertambahan daripada RM20,000.00 kepada RM40,000.00 bagi setiap DUN di seluruh Negeri Selangor. Peningkatan jumlah peruntukan ini dapat membantu dalam memastikan fasiliti dan kemudahan sukan dapat dibaikpulih untuk kegunaan orang awam bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

    Senarai projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Kemudahan Sukan 2013 sehingga 2019 sebagaimana berikut: