Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

197) INFRASTRUKTUR UNTUK KAWASAN PENGINDUSTRIAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan-jalan di kawasan pengindustrian sentiasa perlu diturap semula disebabkan jalan-jalan tersebut senang rosak kerana digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat. Keadaan ini berlaku kerana jalan-jalan tersebut hanya menggunakan spek jalan biasa. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan demi mengatasi masalah ini?

    Bagi penyenggaraan Jalan Negeri adalah seperti berikut:

    Pihak JKR sememangnya komited untuk menangani isu jalan senang rosak. Antara langkah yang telah diambil oleh pihak JKR adalah seperti berikut :-

    1. Melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan negeri secara Kontrak Jangka Panjang dan kontrak secara berpusat.
    2. Menggunakan kaedah teknologi baru dalam pembaikan jalan, contohnya Cold In-Place Recycling (CIPR) bagi menyelesaikan masalah struktur jalan yang cepat rosak. Namun disebabkan oelh kekurangan peruntukan, ia dijalankan secara berperingkat.

    iii.  Melaksanakan Program Kajian Pavemen. Ia adalah satu kaedah saintifik di mana kekuatan, ketahanan  dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Program Kajian Pavemen tersebut.

    Adalah dimaklumkan bahawa, penguatkuasaan ke atas kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had adalah di luar bidang kuasa JKR dan melibatkan agensi lain. Selain itu, pertambahan bilangan dan had muatan kenderaan berlebihan akan menyebabkan kemerosotan kepada jangka hayat reka bentuk jalan sedia ada. Malahan jangka hayat reka bentuk jalan sedia ada sudah usang dan berusia hampir 50 tahun.

     

    Bagi penyenggaraan Jalan Persekutuan adalah seperti berikut :-

    JKR telah menjalankan kajian pavemen evaluation  di beberapa lokasi untuk mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dilakukan pembaikan struktur / naiktaraf. Penguatkuasaan daripada agensi terlibat juga perlu bagi memastikan kenderaan / lori tidak membawa lebih muatan. Ini kerana kerosakan keadaan jalan sekarang adalah disebabkan reka bentuk beban adalah under design  dan lori membawa beban melebihi had muatan kenderaan yang berkuat kuasa pada tahun2017. Oleh itu, bagi pembaikan di jalan JKR Persekutuan, pembaikan yang dipohon adalah melibatkan kos yang tinggi seperti CIRP bagi menguatkan keupayaan jalan supaya tahanlebih lama. Namun permohonan kerja pembaikan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari pihak Kerajaan Persekutuan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.