Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

68) INFRASTRUKTUR UNTUK MENURUNKAN KADAR JENAYAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah pencegahan dalam infrastruktur yang telah dirancang atau dilaksanakan untuk membanteras jenayah di dalam negeri?

    Pada masa ini, semua PBT di Negeri Selangor telah melaksanakan Program Bandar
    Selamat yang merangkumi segala aspek keselamatan pada penduduk setempat . Di
    antara langkah-langkah yang telah di ambil oleh PBT di dalam usaha membanteras
    jenayah adalah seperti berikut:
    i) Pemasangan CCTV di kawasan yang dikenalpasti sering berlaku kejadian
    jenayah,
    ii) Memasang papan tanda pencegahan jenayah dan penyediaan penggera
    keselamatan di kawasan-kawasan tumpuan awam,
    iii) Meningkatkan/memperbanyakkan pencahayaan lampu di kawasan perumahan
    dan tumpuan awam,
    iv) Mengadakan sistem kawalan di kawasan-kawasan perumahan,
    v) Mensyaratkan pemilik bangunan/pemaju untuk memasang CCTV di kawasan
    tempat letak kereta dan di kawasan sekitar premis.

Lampiran

Tiada Lampiran.