INISIATIF MENARIK PELABURAN ASING

14) INISIATIF MENARIK PELABURAN ASING

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Menarik pelaburan luar negara adalah salah satu cara meningkatkan ekonomi negeri Selangor, menambahkan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang perniagaan sampingan kepada usahawan tempatan. Berapakah jumlah pelaburan asing yang berjaya ditarik oleh kerajaan negeri pada 2010?

    Bagi tempoh Januari hingga Disember 2010, sebanyak 325 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 10,641,835,401. Daripada jumlah ini sebanyak RM 5,494,986,553 (52%) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 5,146,848,848 (48%) daripada pelaburan asing. Sebanyak 27,865 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan. Sebanyak 207 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,354,919,402 dan sebanyak 118 projek merupakan projek penambahan/pembesaran pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 6,286,915,999.

Lampiran

Tiada Lampiran.