Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

21) INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan mengikut program-program IPR sejak 2008 di bawah kerajaan dan GLC masing-masing.

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah kos yang besar bagi Program IPR dari tahun 2008 sehingga kini. Namun begitu, Kerajaan Negeri sangat optimis bahawa program yang diperkenalkan ini mampu memberi impak yang optima kepada setiap penerima manfaat berdasarkan kepada penerimaan rakyat terhadap program sehingga kini. Jumlah perbelanjaan dan kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga 2017 adalah sebanyak RM2,551,035,106.94. Butiran perbelanjaan bagi setiap program adalah seperti Jadual 1 di

    Jadual 1: Jumlah Perbelanjaan Setiap Program IPR Sehingga Tahun 2017

    NO. PROGRAM PERBELANJAAN
    1 Smart Selangor Food Stamp 3,945,200.00
    2 Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang 8,321,616.00
    3 Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) 27,223,908.24
    4 Program Pemberian Bantuan Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan 38,983,500.00
    5 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan 10,234,584.10
    6 Program    Kemahiran   Teknikal    –    INPENS          International College 27,265,159.87
    7 Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) 1,524,722.29
    8 Bas Smart Selangor 42,500,000.00

     

    NO. PROGRAM PERBELANJAAN
    9 Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pertama 1,354,206,738.00
    10 Latihan Usahawan IT (SITEC) 1,638,326.95
    11 Program Mentor Kraf 19,997.00
    12 Skim Peduli Sihat 11,330,122.50
    13 Panel Dialisis Sihat Selangor 6,661,093.84
    14 Bantuan Sihat Selangor 3,115,124.48
    15 Saringan Sihat Selangor (3S) 600,600.00
    16 Pengecualian Cukai Pintu dan Fi Lesen 133,052,497.00
    17 Hadiah Pengajian IPT 61,474,000.00
    18 Bantuan Sara Diri Anak Selangor 1,791,200.00
    19 Program Khas Peduli Siswa 4,112,936.29
    20 Program Khas Biasiswa Selangorku 3,452,343.82
    21 Biasiswa Khas Sagong Tasi 22,921.00
    22 Program Khas Selangor Brain Bank 12,124.97
    23 Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa) 25,849,319.89
    24 Program Tuisyen Rakyat Selangor 3,202,326.66
    25 Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 21,440,000.00
    26 Tuisyen Online 4,000,000.00
    27 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    28 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) 2,951,190.00
    29 Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 223,756,500.00
    30 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) 4,914,961.85
    31 Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 19,004,282.00
    32 Insentif Perkahwinan Belia 22,379,900.00
    33 Skim Hijrah Selangor 339,047,500.00
    34 Wifi Smart Selangor 24,954,440.69
    35 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) 14,922,949.90
    36 Skim Smart Sewa 17,162,192.50
    37 Skim DanaSel 4,956,000.00
    38 Skim Rumah Selangorku
    39 Skim Ceria (Mengecat Rumah, baiki lif) 84,000,000.00
    40 PROGRESS 4,926,244.00
    41 Nusantara Audiobook 482,935.00
    42 Perpustakaan Bergerak Smart Selangor 1,750,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (RM) 2,557,189,458.84

     

Lampiran

Tiada Lampiran.