Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

296) INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Daripada 17 jenis IPR yang disediakan, yang mana satu IPR telah menelan jumlah perbelanjaan yang tertinggi dan terendah pada Tahun 2016.

    Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memastikan keperluan dan kebajikan setiap peringkat umur rakyat di Negeri Selangor terbela. Inisiatif Perduli Rakyat adalah kesinambungan polisi dan program yang mengutamakan kepedulian kepada rakyat secara terus menghadapi tekanan hidup hasil peningkatan kos akibat GST, harga petrol serta barangan keperluan harian.

    Kerajaan Negeri sentiasa optimis bahawa program yang diperkenalkan ini mampu memberi impak yang optimum kepada setiap penerima manfaat berdasarkan kepada penerimaan rakyat terhadap Program IPR sehingga kini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2016 perbelanjaan tertinggi Kerajaan Negeri adalah bagi program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3) Pertama kepada seluruh rakyat Negeri Selangor dengan kos sebanyak RM194,268,273.23.

Lampiran

Tiada Lampiran.