Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

49) Inisiatif Pelaburan Waaqaf

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan inisiatif yang sangat murni ini bagi membantu mengatasi kemiskinan bandar?

    Perbincangan di antara MBI dan Perbadanan Waqaf Selangor telah bermula di mana Kumpulan MBI akan menyumbang sejumlah dana secara berperingkat. Dana tersebut akan dilaburkan menerusi mekanisma pelaburan yang patuh Syariah oleh MBI dan sebahagian hasil pulangan akan diagihkan sebagai manfaat wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor. Perbadanan Waqaf akan melakukan pengagihan mengikut hukum syarak.

Lampiran

Tiada Lampiran.