Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

111) INISIATIF REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peserta berusia di bawah 18 tahun yang menyertai program pembelajaran pengekodan (coding) di bawah inisiatif Revolusi Industri 4.0 Kerajaan Negeri?

    Di bawah inisiatif Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negeri Selangor telah bekerjasama dengan UNISEL bagi mengadakan pelbagai seperti Program ICT Booth Camp (ICTBC) Negeri Selangor dan Program Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dan Latihan Kemahiran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bermula pada tahun 2015, sehingga 2018 dengan penyertaan seramai 5,572 orang pelajar sekolah menengah/rendah yang berusia di bawah 17 tahun di negeri Selangor selain guru serta kaunselor, dan usahawan negeri Selangor.

    Tujuan diadakan program-program yang berkaitan adalah untuk meningkatkan pengetahuan kemahiran dan pendedahan ke arah pembudayaan industri revolusi 4.0 dikalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang kritis, kreatif dan inovatif. Jumlah penyertaan dalam latihan kemahiran STI adalah seperti jadual berikut;

    BIL. NAMA KURSUS
    JUMLAH PELAJAR/PESERTA (ORANG)
    CATATAN
    2015 2016 2017 2018 1. Program ICT Boot Camp (ICTBC) Kerjasama Unisel di sekolah-sekolah Negeri Selangor (Pengekodan – Coding)

     Kursus Pembangunan Permainan Mudah alih (Mobile Game Development) menggunakan Game Salad;
    – 430 430 292
    Pelajar sekolah menengah / rendah di negeri Selangor
     Kursus Visualisasi 3D menggunakan Lumion;  Kursus Rekabentuk Kreatif Mobile dengan menggunakan perisian MIT App Inventor  Kursus Pembinaan Laman Sesawang dan Pembentangan Kreatif  Kursus Pembinaan Dokumen Kreatif
    2. Program Science Technology Engineering Mathematics (STEM) di sekolah-sekolah Negeri Selangor (Pengekodan – Coding)
     STEM Kick Start Programme  Robotics  Data Logging  Renewable Energy
    – 65 80 2,100 Pelajar sekolah menengah / rendah di negeri Selangor
    3. Program Latihan Kemahiran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di sekolahsekolah Negeri Selangor (Pengekodan – Coding)
     Games Salad  Teknologi Drone  Mobile Apps Mit App Inventor  Mobile Apps Ionic Framework  Web Programming-HTML 5 bagi Gen Y  Web Programming-HTML 5 Advanced Bagi Generasi Y Pelajar Sekolah
    – 75 100 2,000 Pelajar sekolah menengah / rendah di negeri Selangor
    JUMLAH 570 610 4,392
    JUMLAH KESELURUHAN 5,572 orang pelajar

Lampiran

Tiada Lampiran.