Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

150) Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian program RiDE setakat ini?

    Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda Negeri Selangor bersama Majlis Sukan Negeri Selangor telah menerima 21,354 permohonan sehingga 12 Oktober 2020 dan seramai hampir 1,980 orang anak muda yang layak untuk menerima insentif RiDE.

    Satu majlis penyerahan insentif tersebut dirancang untuk diadakan pada 24 Oktober 2020 namun ianya terpaksa ditangguh disebabkan negeri Selangor sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Majlis penyerahan insentif tersebut akan diadakan selepas PKPB ini ditamatkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.