Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

171) INOVASI DAN BAKAT BARU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan program dan insentif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan inovasi dalam pelbagai bidang kepada warga negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menggalakkan percambahan budaya inovasi dalam kalangan warga Negeri Selangor.  Antara program-program dan insentif yang telah, sedang dan akan

    dilaksanakan ialah:-

    1. Program Jejak Inovasi

    Program ini merupakan julung kali diadakan pada tahun 2013. Ia akan diadakan sebanyak 2 kali penganjuran.  Siri yang pertama telah diadakan pada 12 hingga 14 April, 2013 yang lalu bertempat di Aeon Bukit Tinggi, Klang bersekali dengan pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.  Siri yang kedua dijangka akan diadakan pada bulan Oktober akan datang bersempena dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi serta Sambutan Hari Inovasi Negeri Selangor.

    Program Jejak Inovasi ini diperkenalkan dengan hasrat untuk mempromosi dan memperkenalkan hasil-hasil dan produkproduk inovasi daripada orang perseorangan, belia, pertubuhan, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan.  Antara pengisian di sepanjang program berlangsung ialah seperti pameran dan pertunjukan hasil / produk inovasi, pertandingan reka cipta produk inovasi, pendaftaran Rakan Inovasi Negeri Selangor, pertandingan mewarna inovasi dan pelbagai pengisian lain.

    1. Karnival Sains dan Inovasi Negeri Selangor

    Program Karnival Sains dan Inovasi Negeri Selangor merupakan julung kali diperkenalkan mulai tahun 2013 ini. Penganjuran karnival ini bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan perkembangan inovasi dalam kalangan masyarakat.  Ia juga dianjurkan dengan hasrat untuk memperkenalkan dan menyemai minat masyarakat terhadap kepentingan dan membangunkan potensi diri melalui aktivitiaktiviti inovasi.  Karnival ini dijangka akan diadakan pada bulan Oktober akan datang dengan pengisian seperti pameran dan jualan hasil / produk inovasi, pertandingan dan pertunjukan hasil / produk inovasi, pertandingan reka cipta produk inovasi, pertandingan mencipta logo Rakan Inovasi Selangor, penyampaian Anugerah Tokoh Inovasi Negeri Selangor, penyampaian hadiah Konvensyen Inovatif dan Kreatif ( KIK ) Negeri Selangor, penyampaian hadiah Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor ( AISAS ) dan Sambutan Hari Inovasi Negeri Selangor.

    Karnival itu kelak juga akan diselitkan dengan pengisian seperti Sehari Bersama Angkasawan Negara, program bual bicara inovasi dan seminar bertemakan sains dan inovasi.

    1. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK ) Negeri Selangor

    Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK ) Negeri Selangor adalah khusus bagi semua jabatan / agensi kerajaan di Negeri Selangor.  Konvensyen KIK ini dianjurkan bertujuan untuk :-

    3.1       Melahirkan warga kerja yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan inovasi;

    3.2 Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru serta menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai ( value creation );

    3.3 Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi dan mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan; dan

    3.4 Membolehkan organisasi menghasilkan satu (1) sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.

    Pertandingan dipecahkan kepada dua ( 2 ) kategori iaitu Teknikal dan Pengurusan.  Hadiah-hadiah yang ditawarkan

    ialah seperti berikut:-

    Johan RM 9 000.00

    Piala Iringan

    Sijil Penghargaan

    Naib Johan RM 7 000.00

    Piala Iringan

    Sijil Penghargaan

    Ketiga RM 5 000.00

    Piala Iringan

    Sijil Penghargaan

    Saguhati RM 1 500.00

    Sijil Penghargaan

    1. Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor ( AISAS )

    Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (AISAS) telah diperkenalkan kali pertama pada tahun 2010 yang bertujuan bagi memberi peluang kepada kakitangan atau jabatan-jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Selangor dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan sedia ada. Objektif AISAS adalah untuk:

    • Memberi pengiktirafan kepada Hasil inovasi yang diperkenalkan atau dicipta oleh kakitangan atau jabatanjabatan negeri Selangor.
    • Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah jabatan-jabatan lain di negeri Selangor.
    • Menggalakkan warga             kerja    dalam             melaksanakan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan berimpak tinggi di jabatan masing-masing.
    • Sebagai platform kepada kakitangan dan jabatan dalam membudayakan kerja cemerlang, kreatif dan berinovatif.
    • Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
    • Menyemarakkan persaingan yang sihat di kalangan warga kerja Pentadbiran Kerajaan Selangor ke arah memperbaiki amalan pengurusan organisasi secara keseluruhan.

    Pertandingan dipecahkan kepada dua ( 2 ) kategori iaitu Kumpulan Kecil dan Jabatan.  Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

    Kategori Kumpulan Kecil

    Johan – RM 6 000.00 dan sijil
    Naib Johan –           RM 4 000.00 dan sijil
    Ketiga-

    Kategori Jabatan

    RM 3 000.00 dan sijil
    Johan – RM 11 000.00 dan sijil
    Naib Johan –           RM 8 000.00 dan sijil
    Ketiga –           RM 6 000.00 dan sijil

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.