Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

20) INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR (IGEMS)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan insentif Generasi Muda Selangor sehingga kini?

    Jumlah permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) adalah sebanyak 1,561 pasangan (3,122 orang). Jumlah tersebut berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pemohon secara atas talian dari 18 November 2019 sehingga 1 Mac 2020 bagi 10 siri kursus yang telah dijadualkan dari Januari 2020 sehingga Julai 2020.

    Sasaran permohonan yang telah ditetapkan bagi tahun 2020 adalah sebanyak 1,500 permohonan pasangan. Sasaran tersebut telah dicapai pada Mac 2020. Ini menunjukkan para belia di Negeri Selangor menyambut dengan baik usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan program ilmiah sebegini bersama pasangan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.