Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

264) INSENTIF KEPADA SEKTOR SWASTA YANG BEKERJSAMA MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan memberi sebarang insentif kepada pihak swasta yang memberi sumbangan (dalam bentuk kewangan atau barang keperluan) kepada penduduk Selangor?

    Pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri tidak memberi sebarang insentif yang khusus kepada pihak swasta yang memberi sumbangan (dalam bentuk kewangan atau barang keperluan) kepada penduduk di Selangor.

    Walau bagaimanapun, syarikat swasta yang terlibat dalam memberi sumbangan secara langsung (sumbangan wang tunai) kepada Kerajaan Negeri boleh memohon pengecualian/penolakan cukai atas perbelanjaan bagi cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri selaras dengan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan mengemukakan resit rasmi Kerajaan sebagai dokumen sokongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.