Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

10) INSENTIF KERAJAAN UNTUK SOKONG USAHA SENI KEBUDAYAAN TRADISIONAL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif yang boleh diberi kepada aktivis seni budaya tradisi Melayuyang mempunyai bakat tetapi tiada kewangan untuk melonjakkan lagi pencapaian potensi dan sekaligus mewariskan kepada golongan muda , seperti pasukan gamelan, silat dan permainan tradisi?

    Terlebih dahulu kerajaan negeri perlu mengenal pasti kumpulan aktivis yang berpotensi untuk meningkatkan warisan Selangor hingga ke akar umbi khususnya dalam kalangan NGO. Stanco-stanco yang diwujudkan oleh kerajaan seperti Stanco Adat Melayu dan Warisan dan Stanco Kebudayaan boleh menjadi platform untuk menyalurkan dana/ bantuan kewangan yang diperlukan oleh aktivis seni budaya tradisi Melayu ini. Pihak aktivis seni budaya tradisi Melayu yang berminat bolehlah mengemukakan kertas cadangan ke stanco yang bersesuaian dengan usaha / program yang

Lampiran

Tiada Lampiran.