Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

112) INSENTIF PERKAHWIAN BELIA KEBANYAKAN PEMASTAUTIN BERHIJRAH SETELAH TAMAT PERSEKOLAHAN DAN MEREKA MULA BEKERJA DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah dengan syarat pemastautin 10 tahun, wajib pembuktian sijil berhenti sekolah rendah dan menengah dapat membuka peluang ramai penerima?

    Berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kali ke 37/2016 yang diadakan pada 16hb November 2016, telah memutuskan bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor hendaklah beralamatkan di dalam Negeri Selangor pada MyKad mereka dan diwajibkan untuk mengemukakan sijil berhenti sekolah sewaktu permohonan Insentif Perkahwinan Belia.

Lampiran

Tiada Lampiran.