Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

95) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah objektif yang hendak dicapai melalui program ini?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Insentif Perkahwinan Belia di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai satu program kebajikan kepada rakyat selangor dengan hasrat hasil negeri untuk rakyat. Seterusnya, program ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mensejahterakan rumahtangga dan keluarga di negeri Selangor di samping sebagai insentif kepada golongan belia di negeri Selangor yang baru mendirikan rumah tangga.

Lampiran

Tiada Lampiran.