Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

142) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Insentif Perkahwinan Belia telah digantikan dengan insentif kursus perkahwinan dan kekeluargaan. Bagaimanakah cara pelaksanaan serta prosedur untuk memohon kerana terdapat begitu banyak pertanyaan di Pusat Khidmat Masyarakat?

    Penerima insentif daripada tahun 2013 sehingga 2018 adalah seperti berikut:-

          PERMOHOHAN

     

    TAHUN

     

    JUMLAH PENERIMA

     

    JUMLAH PERUNTUKAN (RM)

     

    2013

     

    5952

     

    1,190,400.00

     

    2014

     

    6451

     

    3,225,500.00

     

    2015

     

    7663

     

    3,831,500.00

     

    2016

     

    12,625

     

    6,312,500.00

     

    2017

     

    12,045

     

    6,022,500.00

     

    JAN – MEI 2018

     

    10,000

     

    5,000,000.00

     

    JUN – DIS 2018

     

    8,737

     

    4,368,500.00

    (Peruntukan Tambahan)

    JUMLAH KESELURUHAN
    63,473

    29,950,900.00

    Di bawah strategi belanjawan 2019, Kerajaan Negeri telah bersetuju agar penjajaran inisiatif peduli rakyat diteruskan dengan pengubahsuaian modul insentif. Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi-agensi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan penambahbaikan dalam mengukuhkan modul-modul serta kursus-kursus perkahwinan dan kekeluargaan sedia ada.

     

    Bagi carta alir permohonan:-

    1. Pendaftaran atas talian (online) –  YAWAS akan bangunkan web;
    2. Tarikh kursus akan diberikan kepada peserta-peserta mengikut daerah;
    3. Penyerahan insentif berjumlah sehingga RM300.00 akan diberikan kepada peserta pada hari kursus;

    Antara syarat-syarat umum untuk permohonan:-

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Anak Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun (pengesahan daripada ADUN setempat);
    3. Syarat berkahwin dalam tempoh 6 bulan;

Lampiran

Tiada Lampiran.