Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

178) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA (IPR 11)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Insentif Perkahwinan Belia (IPR 11). Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 11 dari 2014-2016 mengikut bangsa

    Insentif Perkahwinan Belia sebelum ini diselia dan diurus oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. YAWAS kemudiannya diarahkan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 37/2016 untuk menguruskan program ini bermula Januari 2017. Berikut adalah jumlah penerima dan perbelanjaan Insentif Perkahwinan Belia dari tahun 2014-2016 mengikut agama:

          PERKARA

     

     TAHUN 

    LULUS JUMLAH PENERIMA JUMLAH KOS (RM)
    ISLAM BUKAN ISLAM
    2014 4,010 2,441 6,451 3,225,500.00
    2015 4,862 2,693 7,555 3,777,500.00
    2016 8,081 4,544 16,625 8,312,500.00
    JUMLAH KESELURUHAN 30,631 15,315,500.00

    *Sistem hanya boleh mengeluarkan laporan mengikut agama

Lampiran

Tiada Lampiran.