Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

154) INSENTIF PESAWAH PADI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan insentif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pengusaha tanaman padi meningkatkan hasil tanaman mereka?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta setiap tahun bagi tujuan untuk membantu pesawah di bawah program peningkatan hasil padi. Melalui program ini pesawah akan dibantu dalam bentuk input dan perkhidmatan seperti penanaman padi secara transplanting, baja (kimia dan organik), kawalan makhluk perosak, pengapuran sawah, perataan tanah serta aktiviti pengembangan dan latihan kepada pesawah. Selain daripada itu, peswah turut diberi galakan untuk pensijilan MyGAP dan disediakan insentif khas bagi menggalakkan penyertaan pesawah dalam pensijilan MyGAP.

Lampiran

Tiada Lampiran.