Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

57) INSENTIF UNTUK ATLET SUKAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan insentif-insentif yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk semua atlet Sukan Negeri Selangor yang bertanding di sukan antarabangsa untuk mengharumi nama Malaysia dan Negeri.

    Antara insentif-insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) yang bertanding di Sukan Antarabangsa untuk mengharumi nama Malaysia dan negeri adalah seperti berikut:-

    KELAYAKAN/ PINGAT SUKAN  OLIMPIK SUKAN KOMANWEL/ SUKAN ASIA SUKAN SEA
    INDIVIDU 
    Emas 25,000.00 10,000.00 5,000.00
    Perak 20,000.00 7,000.00 3,000.00
    Gangsa 15,000.00 5,000.00 1,500.00
    PASUKAN KURANG (<) 5 ORG
    Emas/Pasukan 10,000.00 6,000.00 3,000.00
    Perak/Pasukan 8,000.00 4,000.00 2,000.00
    Gangsa/Pasukan 5,000.00 2,000.00 1,000.00
    PASUKAN LEBIH (>) 5 ORG
    Emas/Individu 8,000.00 3,000.00 1,500.00
    Perak/Individu 5,000.00 2,000.00 1,000.00
    Gangsa/Individu 2,000.00 1,000.00 800.00
    SAGUHATI PENYERTAAN
    Individu 1,000.00 800.00 500.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.