Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

144) INSFRASTRUKTUR AWAM TIDAK DISELENGGARAKAN DENGAN BAIK DAN BERJADUAL. Ð SAMPAH, JALAN BERLUBANG, RUMPUT PANJANG DAN PARIT TERSUMBAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah sampah tidak dikutip, jalan berlubang, rumput panjang dan parit tersumbat masih lagi merupakan masalah utama yang belum diselesaikan dengan baik dan berkesan. Apakah langkah berkesan yang diambil oleh MPK untuk mengatasi hal ini dan bilakah kontraktor baru dilantik menggantikan kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab ini?

    JALAN
    Langkah-langkah berkesan yang diambil oleh MPK untuk mengatasi jalan
    berlubang adalah
    i) Mengadakan pemeriksaan berkala keadaan jalan
    ii) Menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan secara jabatan atau kontrak.
    iii) Menurap semula jalan-jalan yang melebihi 10 tahun /isipadu lalulintas yang
    tinggi dan yang mengalami kerosakan yang kritikal
    ( panjang dan luas kawasan bergantung kepada geran MARRIS yang
    diperolehi dari Kerajaan Negeri.)
    v) Memastikan kerja-kerja pengorekan jalan dan membaik pulih jalan oleh
    syarikat utiliti, dilaksanakan mengikut piawai dan syarat-syarat Majlis.
    vi) Memastikan tiada aktiviti di atas jalan seperti memasak dan
    membasuh terutama di lorong belakang kedai-kedai makan yang menjadi
    salah satu punca kerosakan jalan.
    ii. LONGKANG
    i) JPS telah menyediakan Pelan Induk menangani masalah banjir di Klang MPK
    melaksanakan cadangan pembinaan /pengawalan sistem kawalan banjir
    berdasarkan peruntukan sedia ada/melalui permohonan.
    ii} MPK mengambil tindakan dengan menyelenggara parit/longkan secara
    berkala disamping menaiktaraf parit /longkang berdasarkan peruntukan sedia
    ada. Majlis juga memastikan rumah pam berfungi dengan baik disamping
    berkerjasama dengan pihak JPS bagi memastikan pintu air diselenggara
    dan di kawal dengan sempurna

Lampiran

Tiada Lampiran.